Maut langgar lopak air
Oleh Nazarali Saeril
nazarali@hmetro.com.my
SHAH ALAM: Hajat seorang pelajar Universiti Industri Selangor
(Unisel) mahu beraya ke rumah rakan di Seksyen 7 tidak kesampaian
apabila kereta dipandu hilang kawalan sebelum dia tercampak keluar dan
maut di lokasi kejadian di sini, awal malam semalam.
Kereta
Proton Satria dipandu Nor Hazrul Nizham Norizan, 21, terlanggar lopak
air di Kilometer 1.8 arah ke Shah Alam menyebabkan hilang kawalan lalu
merempuh penghadang jalan sebelum menghentam tiang lampu jalan.
Dua rakannya yang berada dalam kenderaan cedera ringan dan dihantar ke
Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk rawatan.
Seorang saksi kejadian, Mazlan Muhidin, 28, berkata dia melalui jalan
itu ke arah Shah Alam dalam hujan lebat apabila terlihat sekujur tubuh
lengkap berbaju Melayu terbaring di tengah jalan.
“Pada masa sama, saya lihat sebuah Proton Satria seperti melekat di
tiang lampu jalan. Saya berhentikan kereta dan bersama tiga yang lain
mengangkat mangsa ke tepi jalan. Ketika itu manga masih bernafas,
tetapi dalam keadaan agak sukar dan meninggal dunia beberapa minit
kemudian,” katanya di sini, semalam.
Mazlan berkata, dia kemudian menghubungi ambulans, tetapi Nor
Hazrul disahkan meninggal dunia tidak lama selepas pasukan paramedik
tiba di lokasi kejadian.
Rakan serumah Nor Hazrul yang dikenali
sebagai Saiful, 21, berkata arwah tidak menunjukkan sebarang keganjilan
atau perubahan sikap sebelum bertolak ke Shah Alam.
“Arwah dan
beberapa rakan lain mahu menghadiri rumah terbuka Aidilfitri seorang
rakan di Seksyen 7, Shah Alam. Mereka pergi menaiki dua kereta.
“Saya tidak sangka kegembiraan kami berakhir khabar duka dengan
pemergiannya. Saya sudah tiga tahun mengenalinya dan tinggal menyewa
serumah di Bestari Jaya, Ijok,” katanya sebak.
Menurut Saiful,
arwah yang mengambil jurusan teknologi maklumat (IT) di Unisel adalah
seorang rakan yang prihatin, ringan tulang dan tidak pernah menyakitkan
hati rakan lain.
Sementara itu, Pegawai Penyiasat Trafik Daerah
Shah Alam, Cif Inspektor Hafiz Sariee memaklumkan kejadian berlaku
kira-kira pada jam 7 malam dan ketika itu jalan agak licin selepas
hujan.
“Mangsa memandu di lorong paling kanan apabila terlanggar lopak berair menyebabkannya hilang kawalan.
“Akibatnya, kereta dipandu mangsa termasuk ke lorong paling kiri
sebelum terlanggar penghadang jalan dan hanya terhenti selepas
menghentam tiang lampu jalan,” katanya.
Akibat hentaman kuat itu, mangsa tercampak keluar ke tengah jalan, manakala dua lagi rakan mangsa cedera ringan.
Mangsa cedera di kepala dan jenazahnya dihantar ke HTAR untuk bedah
siasat. Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta
menghubungi Hafiz di talian 014-8905051 untuk membantu siasatan.
al-fatihah untuk allahyarham......p/s: ada sape2 kenal x arwah ni?katanya falkulti IT....