just my opinion, kalau rasa salah, delete je la, tak amik hati punya, jgn risau...
memandangkan OCC ni nak ditukar domain menjadi www.unisel.com,
aku rasa, pihak moderator boleh buat satu profit untuk kebaikan bersama.
1. Buat stiker promo (kalau aku ada terlepas pasal stiker dalam forum ni, maafkan aku)
- buat stiker yang boleh ditampal pada kereta@motorsikal, jgn dasyat sgt design dia, simple dan senang nak baca.. duit dari penjualan stiker (amik la untung dalam 2-3ringgit setiap stiker tu...)
bleh guna untuk bayar fees domain, bukan study fees ye..
p/s: duit tu jugak bleh digunakan untuk membeli cenderahati untuk diberi kepada moderator/reps/ajk sebagai tanda terima kasih kerana menjaga forum dan memberi perkhidmatan kepada ahli dalam ni.
2. sediakan baju untuk moderator dan ahli bersekutu, iaitu moderator lain design dan ahli aktif lain design, tetapi membawa nama OCC, kalau boleh, yang menepati ciri-ciri yang dibenarkan untuk dipakai ke kelas, bleh promote sambil belajar.
p/s: macam perkara no 1 atas tadi, blehjugak duit yang dikumpul tu digunakan untuk byar separuh harga baju untuk moderator (mod dapat diskaun 50%).
3. buat mesyuarat agong, bincangkan apa yang patut dinaik taraf forum ni, dari segi penampilan dsbgnya, sambil mendengar apa yang ahli2 forum ni nak.
4. dapatkan pelajar yang ada "kabel" dengan pihak atasan Unisel, mana tau, apa2 event nak buat nanti, bleh mintak peruntukan, atau tempat untuk kita salurkan masalah pelajar lebih direct. (bising2 dalam ni tapi tak sampai pada pihak pengurusan tak guna).
5. buat monthly meeting @ 2 kali sebulan, bukan meeting nak bincang masalah, tapi lebih kepada gathering yang ada aktiviti sampingan.
Kalau setakat datang minum dan makan, dan tak dapat pape, mesti la bosan, kalau boleh, buat event atas kos sendiri, macam main boling, xtreme game dan sbgnya..
ni apa yang aku leh kongsikan lepas dah setaun lebih handle forum kelab aku, memang susah nak jaga hati orang, nak tarik orang dan sebagainya..
harap moderator dan rakan-rakan cuba lihat kesan positive perkara ni
(walaupun aku tau akan ada yang tak setuju moderator dapat kelebihan), kerana awal2 forum dibuka, memang ramai yang akan beri tenaga untuk menjayakannya, tapi sampai bila pun kita tak pasti..
sekian, kalau moderator rasa tak sesuai perkara ni, delete je laa...
kalau rasa sesuai dan nak teruskan, kalau boleh, bagi la aku jadi orang pertama tau... hehehe...