UNiSEL Unofficial Forum

Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
UNiSEL Unofficial Forum


    panduan pendaftaran pelajar baru sesi julai 2008

    zildjian_82
    zildjian_82
    Forumer
    Forumer


    Female
    Age : 36
    Joined : 2008-06-28
    Number of posts : 194
    Warning level : 0/3
    Location : lahad datu,sabah - klang,selangor
    UNiSELian : Bestari Jaya

    panduan pendaftaran pelajar baru sesi julai 2008 Empty panduan pendaftaran pelajar baru sesi julai 2008

    Post by zildjian_82 Mon Jun 30, 2008 2:50 am

    Langkah-langkah penting mendaftar diri
    Berikut
    merupakan langkah-langkah penting yang perlu diambil sebelum Hari
    Pendaftaran anda. Jadual Senarai Semak berikut akan membantu anda
    membuat persiapan selepas menerima surat tawaran, sebelum mendaftar dan
    tindakan pada hari pendaftaran. Selamat membaca.
    Setelah menerima surat tawaranTindakan 1 : Mengesahkan Penerimaan Tawaran
    Untuk
    menerima tawaran ini, sila sahkan penerimaan tawaran serta membuat
    pembayaran deposit pendaftaran sebanyak RM250. Ikuti langkah berikut :
    Langkah 1
    Layari laman web UNISEL dan rujuk cara-cara membuat pengesahan penerimaan tawaran Kemasukan Julai 2008.
    Langkah 2Buat bayaran deposit pendaftaran ke akaun Universiti Industri Selangor 1203801005188) melalui :a) Bank Islam Malaysia Berhad ( Sila rujuk laman web UNISEL untuk kaedah pembayaran ini )
    Langkah 3Simpan slip bayaran bank (bagi pembayaran di Bank Islam) sebagai bukti pembayaran dan bawa pada hari pendaftaran.Silapastikan setiap langkah di atas dipenuhi dengan kadar segera. Tempatadalah terhad dan berdasarkan kepada ‘siapa cepat, dia dapat’ dan pihakUNISEL tidak dapat menjamin tempat anda dalam kursus tersebut sekiranyaanda lewat membuat pengesahan.
    Sebelum Hari Pendaftaran
    Tindakan 2 : Menjelaskan bayaran pendaftaran, lain-lain yuran dan yuran penginapan.
    Sila jelaskan bayaran baki yuran seperti di bawah di mana-mana cawangan Bank Islam
    (no akaun 1203801005188) dan bawa salinan slip bayaran bank pada hari pendaftaran;

    No

    Struktur Yuran

    Kampus Bestari Jaya


    Kampus
    Shah Alam


    i)

    Bayaran yuran pendaftaran & lain-lain yuran

    RM 450.00


    RM 450.00

    ii)

    Bayaran penginapan ( Julai - Nov 2008)

    RM 800.00


    RM 440.00

    iii)

    Deposit penginapan ( 1 bulan)

    RM 200.00


    RM 110.00



    RM 1,450.00


    RM 1,000.00
    Tindakan 3 : Menyediakan dokumen-dokumen berkaitan untuk di bawa pada hari pendaftaran.
    Sila sediakan dokumen (saiz A4) yang telah disahkan oleh pegawai kerajaan kumpulan A / IPTA
    / pengetua Sekolah Menengah sahaja.

    No.

    Senarai Dokumen – dokumen

    Kuantiti

    i.

    Salinan Surat Tawaran

    2

    ii.

    Salinan Kad Pengenalan Pelajar

    2

    iii.

    Gambar berukuran Pasport

    8

    iv.

    Salinan SPM

    2

    v.

    Salinan STPM (jika berkenaan)

    2

    vi.

    Salinan sijil/transkrip/ diploma/ matrikulasi/ MUET (jika berkenaan)

    2

    vii.

    Salinan lain-lain sijil akademik (jika berkenaan)

    2

    Viii.

    Salinan Silibus Mata pelajaran bagi tujuan pengecualian kredit (jika berkenaan)

    2
    Tindakan 4 : Melengkapkan borang-borang berikut untuk diserahkan pada hari pendaftaran .

    1. Borang Maklumat Pelajar (m/s : 16 - 17)
    2. Borang Permohonan Kad Pelajar (m/s : 18 )

    3. Borang Laporan Pemeriksaan Kesihatan (m/s : 20 – 22 )(sila buat pemeriksaan di mana-mana Hospital / Klinik / Pusat
      Rawatan kerajaan atau swasta)



    Last edited by Admin on Mon Dec 22, 2008 11:09 am; edited 2 times in total (Reason for editing : Set as Announcement)

      Current date/time is Sat Apr 27, 2024 9:12 am