UNiSEL Unofficial Forum

Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
UNiSEL Unofficial Forum


    Syarat dan Peraturan (SILA BACA).

    Admin
    Admin
    Site Admin
    Site Admin


    Male
    Age : 45
    Joined : 2008-04-29
    Number of posts : 524
    Warning level : 0/3
    Location : Kampus Shah Alam / Kampus Bestari Jaya
    UNiSELian : Alumni
    Shoutout : Pekiktubik:

    Syarat dan Peraturan (SILA BACA). Empty Syarat dan Peraturan (SILA BACA).

    Post by Admin Tue Apr 29, 2008 11:25 pm

    SYARAT DAN PERATURAN
    Portal ini dibina bertujuan untuk memberi peluang kepada warga UNIVERSITI INDUSTRI SELANGOR (UNiSEL) berkumpul secara online
    dan bertukar pendapat sesama mereka. Maka, adalah menjadi keutamaan kami untuk memastikan portal ini sentiasa bersih dan sistematik demi keselesaan para ahli dan pelawat.

    Oleh itu, bagi mencapai objektif yang tersebut kami telah menyediakan beberapa syarat dan peraturan yang harus dipatuhi oleh setiap ahlinya:





    KIRIMAN / POSTING

    Sebelum memulakan kiriman: Anda dinasihatkan untuk membuat carian (search) kiriman terdahulu untuk menyemak jika topik yang akan anda buka telah ada.

    Tajuk topik: Semasa membuka sesuatu topik, tajuk topik anda hendaklah bersesuaian dengan kandungannya. Tajuk-tajuk seperti "Tolong!!", "Haiiii", "Penting" dan yang sepertinya adalah tidak dibenarkan.

    Penggunaan bahasa: Hanya Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris sahaja yang dibenarkan. Bahasa-bahasa lain tidak digalakkan penggunaannya (kecuali mengikut topik).

    Tulisan dan warna: Tulisan singkatan (SMS) yang keterlaluan adalah tidak digalakkan kerana boleh menimbulkan salah faham oleh pembacanya. Elakkan penggunaan HURUF BESAR, bold dan tanda seru yang banyak (!!!!!) kerana ini memberi maksud seolah-olah anda sedang menjerit. Penggunaan warna tulisan yang berlebihan juga tidak digalakkan!

    Flood dan Off-Topic: Flood iaitu membuat kiriman secara berturut-turut adalah dilarang. Sila gunakan butang "edit"
    (Syarat dan Peraturan (SILA BACA). Icon_post_edit_en) jika anda ingin mengubah kiriman anda yang sebelumnya. Off-topic tidak digalakkan terutama di topik-topik yang serius.

    Spam: Membuat kiriman iklan (spam) adalah dilarang sama sekali. Kiriman seperti "LOL", "Hahaha", "Hai" dan seumpamanya yang tidak disertai mesej tidak diterima.



    Peringatan:
    - Pihak kami berhak untuk menggantung, menamat atau menyita keahlian anda sekiranya anda gagal mematuhi peraturan-peraturan yang telah disediakan.
    - Pihak kami tidak akan bertanggungjawab atas mesej-mesej yang anda kirimkan.

    *Syarat dan peraturan ini akan dipinda dari masa ke semasa sekiranya perlu, maka anda digalakkan melawat topik ini selalu untuk sebarang perubahan.

      Current date/time is Sat Apr 27, 2024 6:32 am