Wah seronok topik ni!
Aku pung nak kongsi cerita.
(Arwah) Encik Rahman - Pensyarah yang aku sangat-sangat sayang. Sampai hari ni aku rindu beliau hari-hari di mana-mana. Satu-satunya lecturer FITM yang aku rapat sepanjang aku belajar kat UNiSEL. Terlalu banyak jasanya, yang tak sempat aku nak ucap terima kasih. Hmm. Selalu mengusik nak pinjam spek aku. Lawak yang paling best masa bulan puasa, dalam kelas ade terdengat ad-lib dari ntah sape "kenape pompuan takleh puasa lak", dengan selamba beliau menjawab secara humor "itu tanya mak kau". Satu kelas terkekeh2. But now, he rest in peace.
Encik Ashri - Seronok belajar C++ dengan dia masa aku buat Diploma dulu. Walaupun tak banyak humor, tapi beliau tak garang, malah baik hatinya. Pembelajaran pun berjalan dengan sangat smooth. Aku senang nak faham apa yang dia ajarkan. At the end of the day, aku dapat A+ untuk subject C++ dia. Long Live Mr Ash!
Encik Izwan - Beliau seorang yang penuh dengan unsur-unsur humor, baik semasa mengajar atau pun di luar kelas. Penampilan beliau yang berjanggut itu sering disinonimkan dengan karakter kambing blackmetal. Hahaha! Jangan marah Encik Izwan! Dan beliau seorang yang selamba, friendly malah boleh ber-"kau-aku" dengan studentnya. Mengajar aku Computer Net & Security masa Diploma.
Seperti yang SyAzIe cakap, Encik Izwan ade edit poster movie CUCI (arahan Afdlin Shauki), nak tengok gambarnya, memang lucu!
- Spoiler:
Puan Norsila - Cool orangnya. Masa Diploma dia mengajar aku XML/CSS. Tapi masa tu ke-cool-an orangnya tidak terserlah. Masuk kelas, buka buku, baca, buat latihan, kelas tamat. Pendek kata kita kena study sendiri2.
TAPI itu masa Diploma. People change, and she changed a lot!
Sekarang dia mengajar aku Discrete Maths, at first aku fikir, mesti bosan nih. Tapi jangkaan aku meleset sama sekali. She lectures very good. Cara mengajar dia sangat-sangat jelas dan mudah difahami. Malah dia sendiri tak wajibkan student beli buku text, dia sendiri akan tulis nota kat whiteboard. Kalau dulu dia lokek dengan senyuman, sekarang senyuman tak pernah lekang dari bibir. Selalu ade jokes dalam kelas. Memang sangat fun la kelas dia. Kalau 5 kali seminggu pun aku tak kisah. Hahaha.
Ok ini saje buat masa ni, nanti aku kongsi lagi lecturer2 lain punya karakter. Hihihi. Heaven gila belajar kat FITM ni.