Oops, menjawab persoalan yang diutarakan.
Mungkin aku volunteer untuk menjawabnya.
But before that, aku tujukan jawapan ni bukan hanya kepada CaPiK dan AreMeRoll, tetapi kepada SEMUA warga OCC kita ni termasuk Admin, mod, dan ahli-ahli serta pelawat-pelawat.
-
Kenapa user yang buat OT / Flood / Spam sebelum ni tak diambil tindakan?Kerana kami telah berusaha memberi peluang demi peluang kepada anda semua. OT demi OT, Flood demi Flood, Spam demi Spam, kami cuba beri sindiran yang seboleh-bolehnya tidak melukakan hati.
Tapi semua tu macam tak memberi sebarang kesan kepada mereka tersebut.
Kebelakangan ni, Flood, OT, Spam semakin menjadi-jadi seolah-olah forum ini tidak mempunyai sebarang Syarat dan Peraturan, sedangkan ianya jelas terpampang dalam Forum di bahagian Pentadbiran.
Sehingga naik komen seorang pelawat yang berpendapat bahawa OCC kita ni hampir penuh dengan post-post "sampah". Aku rasa nak ban jer Guest tu tapi bila aku belek-belek OCC ni balik, ada betulnya apa dia cakap.
Kenapa hanya CaPiK dan AreMeRoll?Setiap sesuatu mesti ada permulaan. Nak menjalankan hukuman pun mesti ada permulaan. Untuk memulakan hukuman ban, mesti bermula dengan seseorang. Secara kebetulannya CaPiK dengan AreMeRoll yang kena first. Flood oleh CaPiK dan AreMeroll tu adalah posts (berkesalahan) yang paling terkini. So mungkin mod bertugas yang telah mem-ban anda berdua memilih post tersebut untuk memulakan langkah pertama dalam menjalankan hukuman ban di OCC ni.
-
Maka dengan itu semoga terjawablah sudah segala persoalan yang telah diutarakan mahupun yang akan diutarakan.
Sekian terima kasih.
"Setiap manusia pasti melakukan kesalahan. Kau pun, aku pun, dia pun, mereka pun. Cuma masa tak sama."