Dekan Sekolah Pasca Ijazah Pengurusan Universiti Industri Selangor
(Unisel) Prof. Dr. Khalifah Othman dilantik pemangku Naib Canselor
universiti itu menggantikan Prof Datuk Dr Mohd Razali Agus yang
ditamatkan perkhidmatan.
Pendidikan Industri Yayasan Selangor Sdn Bhd (PIYSB) dalam satu
kenyataan di sini hari ini berkata lembaga pengarah PIYSB bersetuju
melantik Dr Khalifah berkuatkuasa esok (1 Julai) sehingga dimaklumkan
kelak. Lembaga pengarah PIYSB juga telah meluluskan untuk membentuk satu
jawatankuasa khas bagi tujuan penilaian dan pemilihan Naib Canselor
Unisel yang akan dianggotai dalam kalangan ahli akademik dan ahli
korporat.
Khalifah berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains (Kewangan) dan
Ijazah Sarjana Perniagaan (MBA) dari Northern Illinois University,
Amerika Syarikat, dan Ijazah Kedoktoran (PhD) dari University of
Sterling, United Kingdom.
Beliau telah berkhidmat di Unisel sejak 1 Mac 2005.
Sebelum itu, Khalifah berkhidmat di Universiti Teknologi Mara (UiTM) dari tahun 1972 hingga 2004. PIYSB juga menjelaskan bahawa Mohd Razali ditamatkan
perkhidmatannya sebagai Naib Canselor Unisel kerana lembaga pengarah
PIYSB tidak berpuas hati dengan prestasi beliau. PIYSB berkata Mohd Razali dilantik pada 1 Ogos 2007 berdasarkan
kepada peruntukan Akta Institusi Pengajian Tinggi Swasta 1996 dan
Perlembagaan Unisel.
“Beliau dikehendaki menjalani tempoh percubaan selama enam bulan
iaitu dari 1 Ogos 2007 sehingga 31 Jan 2008 bagi menilai prestasi
beliau sebelum diserap ke dalam perkhidmatan dan sepanjang tempoh itu
lembaga pengarah PIYSB membuat penilaian secara berterusan dan tidak
berpuas hati dengan prestasi beliau.
“Lembaga pengarah PIYSB telah bersetuju untuk memberi peluang
dengan melanjutkan tempoh percubaan selama enam bulan berkuatkuasa 1
Feb 2008 hingga 31 Julai 2008,” demikian menurut kenyataan itu. PIYSB berkata sepanjang tempoh percubaan kedua, perhidmatan dan prestasi Mohd Razali masih lagi tidak memuaskan.
“Setelah mendapat nasihat perundangan dan membuat pertimbangan yang
sewajarnya, lembaga pengarah PIYSB dalam mesyuarat khas pada 26 Jun
lepas telah membuat keputusan sebulat suara untuk tidak mengesahkan
jawatan beliau, dan memberikan sebulan notis untuk menamatkan
perkhidmatannya pada 31 Julai depan, dengan bergaji penuh berdasarkan
pada peruntukan Perlembagaan Unisel dan terma serta syarat pelantikan
yang terkandung dalam surat pelantikan beliau,” katan NC kita yg baru ini..
p/s pelihara kebajikan kami pelajar unisel..